Saturday, 11 August 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Oleh Badan PUSPANITA

Pada 9/8 lepas majlis sumbangan telah di adakan di NUR IMAN yang dianjurkan oleh Badan PUSPANITA. Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk hamper, kasut, kain pelikat, dan duit raya. Sumbangan telah disampaikan oleh Datin dari PUPANITA.



KETIBAAN TETAMU 

Wednesday, 8 August 2012

Program Berbuka dari KELAB CARI CERIA

Pada 8/8 lepas, KELAB CARI CERIA telah mengadakan program berbuka bersama anak-anak yatim di sini. Program ini dihadiri seramai 15 oarang dari pihak KELAB CARI CERIA. Program bermula dari pukul 5.30 sehingga selepas berbuka. KELAB CARI CERIA juga telah memberi sedikit sumbangan berbentuk wang kepada anak yatim di sini.


Penyerahan sumbangan dari pihak penganjur

Majlis Berbuka Puasa Daripada Sekolah Integrasi Kuantan

Pada 7/8 sekolah Integrasi telah mengadakan majlis berbuka di sini. seramai 40 orang pelajar dan 5 orang cikgu telah menghadiri majlis ini.

Barang sumbangan dari sekolah

Tuesday, 7 August 2012

Majlis Singgah Sahur Bersama WAJA Malaysia Club

Pada 5/8 kelab WAJA telah mengadakan program singgah sahur di sini. Mereka memilih NUR IMAN sebagai destinasi tahun ini. Program bermula selepas tarawih dan anak-anak di sini dipelawa untuk mengikuti 'KONVOI' bersama kelab Kereta Waja.

DI BENTENG

Monday, 6 August 2012

Majlis Berbuka Dan Bersahur Bersama KOLEJ IMPERIA

Pada 3/4 bulan 8, kolej IMPERIA telah mengadakan program berbuka dan bersahur di Komplek Nur Iman. Majlis ini dihadiri oleh kakitangan-kakitangan kolej dan beberapa pelajar sahaja. Mereka mengambil masa semalaman untuk bersama anak yatim di sini. Selepas berbuka, mereka belum pulang lagi dan meneruskan program ini sampai ke sahur. Segala makanan yang ada telah dimasak di sini oleh kakitangan kolej.

BERBUKA PUASA

Thursday, 2 August 2012

Majlis Berbuka Dari Staf TNB

Pada 30 julai lepas, pihak TNB telah mengadakan majlis berbuka puasa di Nur Iman. Seramai 25 org wakil dari TNB telah hadir. Setiap tahun, Pihak TNB akan mengadakan majlis berbuka di Pertubuhan Kebajikan. Tahun ini mereka telah memilih Nur Iman sebagai tembat untuk mengadakan majlis berbuka. Pihak Nur Iman cukup berterima kasih kepada mereka yang sudi mengadakan program ini.


Wednesday, 1 August 2012

Majlis Berbuka Dari UMP