Tuesday, 24 July 2012
Thursday, 19 July 2012
Membeli Baju Raya Bersama Staf-Staf UMP Tajaan Kebajikan UMP
Pada 15 julai lepas, pihak UMP telah menyumbangkan baju raya kepada anak-anak yatim di sini.Mereka telah dibawa ke bandar kuantan untuk memilih sendiri baju raya yang hendak di pakai. Riaksi kanak-kanak di sini sungguh gembira kerana mendapat baju raya yang baru.
STAF-STAF UMP TURUT MEMBANTU
KESERONOKAN ANAK-ANAK INI
KELETIHAN MEMILIH BAJU RAYA
MAKAN KFC BERSAMA-SAMA
BERGAMBAR SELEPAS MAKAN
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada kebajikan UMP.
Monday, 16 July 2012
Perkembangan Terkini Pembinaan Surau Pada Minggu Ke 15
Minggu ke 15 adalah minggu yang terakhir untuk menyiapkan surau ini. Pekerja-pekerja cuba menyiapkan secepat mungkin sebelum menjelangnya bulan Ramadhan..Namun pembinaan surau ini telah berada di fasa terakhir. Hanya tinggal 10% lagi yang masih belum disiapkan dan dijangka dapat disiapkan dalam minggu ini juga.
ATAP TELAH PUN SIAP DIPASANG
Sunday, 15 July 2012
Program "COOKING WITH LOVE" Daripada Kolej Imperia
Program ini adalah program memasak bersama anak-anak yatim yang telah dianjurkan oleh kolej Imperia. Program ini telah dianjurkan pada 14/7/12(sabtu). Pelbagai aktiviti yang telah dibuat untuk memeriahkan lagi program ini. Antara aktiviti-aktivitinya ialah seperti bergotong royong, sukaneka, memasak dan sebagainya. Program ini amatlah bermakna buat rumah anak yatim ini kerana ia dapat memberi kasih sayang dan keperihatinan terhadap budak-budak yang tiada ibu bapa dan miskin. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan:
Tuesday, 10 July 2012
Monday, 25 June 2012
Tuesday, 12 June 2012
MAKLUMAN
Sumbangan anda boleh dibuat melalui tong derma NUR IMAN yang telah diletakkan di lokasi-lokasi berikut:
Mana-mana tuan punya kedai/restoran yang berminat untuk membantu mengumpul dana NUR IMAN melalui kutipan tabung ini, bolehlah menghubungi kami ditalian 019-9175447
- Stesen Minyak Petronas Kuantan Putri(Sungai Soi)
- Pasar Mini Enterprise(Kedai Mizi) kg. Kempadang
- Restoran Natam(Semambu)
- Warung Ceri(Beserah)
- Restoran Pantai Bahagia(Batu Hitam)
Mana-mana tuan punya kedai/restoran yang berminat untuk membantu mengumpul dana NUR IMAN melalui kutipan tabung ini, bolehlah menghubungi kami ditalian 019-9175447
CONTOH TABUNG DERMA NUR IMAN
Subscribe to:
Posts (Atom)































