Tentang Kami

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Rumah Anak Yatim NUR IMAN diasaskan oleh Ustaz Badrul Huzaini bin Mohd Yusof pada 20 Disember 2010 dengan bantuan sahabat-sahabat yang komited terhadap kerja-kerja kebajikan. Diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur lman, sebuah NGO yang berdaftar.

NUR IMAN sekarang beroperasi di sebidang tanah yang diinfakkan oleh beberapa orang hamba Allah di alamat  di Lot 20436, Kg. Kempadang, Kuantan.

Sistem pembelajaran di NUR IMAN terdiri dari aliran agama sepenuhnya ( ala pondok dan tahfiz )  dan aliran akademik. Buat masa ini seramai 15 orang anak yatim lelaki telah ditempatkan di NUR IMAN bagi mempelajari aliran agama sepenuhnya.

NUR IMAN berusaha sedaya upaya untuk menyediakan alternatif belajar bagi pelajar-pelajar anak yatim dan miskin yang tidak cemerlang belajar akademik mengikuti pembelajaran aliran agama  ( pondok dan tahfiz) agar kehidupan mereka terisi dengan aktiviti yang boleh membina insan yang bertaqwa, InsyaAllah.

Bagi pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran akademik, NUR IMAN berusaha membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang mantap bagi membentuk generasi anak yatim yang cemerlang akademik dan cemerlang penghayatan agarna.

NUR IMAN berharap dengan usaha yang sedikit ini kehidupan sebahagian anak yatim dan miskin yang terabai dari pengisian kerohanian akan terbela. InsyaAllah.

MATLAMAT DAN TUJUAN
a. Membantu anak yatim dan miskin yang tidak berkemampuan dengan menyediakan tempat     tinggal, bantuan persekolahan dan keperluan  yang lain.
b. Membina sahsiah anak-anak yatim dan miskin supaya melahirkan keperibadian mulia dan unggul       serta taat kepada perintah Allah.
c. Mengumpul dana bagi Tabung NUR IMAN bertujuan menguruskan perbelanjaan serta bantuan         kepada anak-anak yatim dan miskin.
d. Menggembeling mereka yang bersimpati terhadap anak yatim dan miskin supaya dapat              memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan idea untuk membela golongan tersebut.
e. Menguruskan bantuan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada anak yatim dan miskin.
 f. Berusaha melahirkan para Huffaz yang terdiri dari anak yatim dan miskin.


1.   PERANCANGAN MASA DEPAN
Alhamdulillah, setelah 3 bulan beroperasi, beberapa orang hamba Allah dengan penuh ikhlas mewakafkan tanah mereka berkeluasan 1.5 elar di Lot 20436, Kg. Kempadang, Kuantan kepada NUR IMAN bagi tujuan pembinaan Kompleks Anak Yatim NUR IMAN.

Memandangkan kami telah mernpunyai tanah yang diwakafkan, maka usaha-usaha mengumpul dana sedang giat dilaksanakan bagi tujuan menyegerakan pembangunan di tanah tersebut. Setakat ini kerja-kerja tanah telah pun dilakukan bagi pembinaan fasa 1.

Jumlah keseluruhan kos pembangunan adalah lebih kurang RM 1.5 juta (Ringgit Malaysia: Satu juta Lima Ratus Ribu) yang meliputi pembinaan :
a.   Blok asrama untuk 50 orang pelajar dan kelengkapan peralatan
b.   Rumah warden (2 buah Semi D)
C.  Ruang Pejabat, Dewan makan dan dapur
d.   Musolla
e.   Dewan Serbaguna dan
f.    Kawasan riadah
Pelaksanaan pembangunan adalah mengikut fasa.
Fasa 1 - Blok Asrama, Musolla clan Rumah Warden (Anggaran kos RM500,000.00. ( Blok Asrama telah 
              siap manakala Musolla dan Rumah Warden sedang dibina ). 

Fasa 2 - Pejabat, Dewan makan, Dapur, Dewan Serbaguna, Kawasan Riadah dan pelbagai kemudahan
               lain (Anggaran kos RM I,000,000.00 )

 
SUMBER DANA

Setakat ini sumber dana NUR IMAN adalaH semata-mata datangnya dari derma dan infaq orang rarnai. Jazakallah. Namun AJK NUR IMAN telah merangka pelbagai strategi bagi mendapatkan dana yang mencukupi bagi merealisasikan Kompleks Anak Yatim NUR IMAN terbina. Antara ikhtiar yang sedang dan akan dilakukan ialah.
a.   Memohon sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
b.  Menjual Sijil Waqaf Pembangunan NUR IMAN (RM20.00) sekeping        
c. Memohon sumbangan dari badan-badan korporat dan individu korporat
d.  Rayuan Ramadhan dan
e.  Sumbangan derma dari masyarakat umum rnelalui tong derma, sedekah dan infak